Followers

Monday, 3 October 2011

Lawatan Penanda Arasan ke Sekolah Kanak-kanak Istimewa dan Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor Bahru

Pada 22/9/2011, Kelas Pendidikan Khas kami telah mengadakan lawatan Penanda Arasan ke Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru.

Ketibaan kami disana telah di sambut mesra oleh Pengetua SKI En. Md Salleh Bin Hj Hassan.  Kami telah dibawa ke Bilik Media untuk diberi taklimat mengenai sejarah, pengurusan, kurikulum dan kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut.
Setelah selesai taklimat kami telah dibawa melawat sekeliling kawasan sekolah.  Para guru dan pelajar sangat teruja melihat semua yang ada disana









Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor Bahru yang terletak tidak jauh daripada tempat lawatan yang pertama.

Di sini kami lebih didedahkan kepada terapi yang di jalankan di situ.
Kami tidak dapat lama disitu kerana kesuntukan masa. Tetapi pengalaman di kedua-dua tempat lawatan banyak memberi pengalaman buat guru-guru dan para pelajar juga.


 



 



Explorace bersama KTMB

Pada 15/9/2011, KTMB telah berkolaborasi dengan PPD Pasir Gudang mengadakan Explorace untuk pelajar pendidikan khas di Kluang, Johor.

Sekolah kami telah menghantar tiga orang peserta iaitu Mohh Faezuan, Nor Hidayah dan Siti Asmira serta diiringi oleh seorang guru Cik Aishah Bt Mohamad.




Festival Kebudayaan dan Kesenian

Pada 21/9/2011, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah mengadakan Festival Kesenian dan kebudayaan Pendidikan Khas yang diadakan di Sk Kota Masai 2.


Festival tersebut telah di hadiri oleh semua sekolah program pendidikan khas di Pasir Gudang.  Dalam Festival tersebut telah diadakan pertandingan mewarna, mengubah, pertandingan karaoke dan berbagai acara lain lagi.





Perkhemahan di Taman Tasik Perdana, Pasir Gudang


Pada 28/7/2011, Persatuan Pengangkap Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan perkhemahan sehari di Tasik Perdana, Tmn Bukit Dahlia, Pasir Gudang.


Kami telah mengadakan aktiviti perbarisan, kotak beracun dan "blind trail".  Aktiviti ini banyak mengajar murid-murid bagaimana berkerjasama dan bekerja secara kumpulan.


Para pelajar berasa amat gembira dan teruja dengan setiap aktiviti yang telah di aturkan oleh para guru.



Lawatan Ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang

Pada 21/7/2011, kami telah membawa para pelajar melawat perpustakaan awam yang terletak di Pusat Bandar Pasir Gudang.

Para pelajar telah di ajar bagaimana mahu meminjam buku, memilih tajuk buku yang sesuai dan melatih mereka mengikut arahan di tempat awam.

Mereka sungguh gembira dapat membaca dan melihat-lihat buku-buku pilihan mereka.