Followers

Wednesday, 28 September 2011

Sejarah Kelas Pendidikan Khas Integrasi SMKTMR

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria telah ditubuhkan pada tahun 2003 mengambil sempena nama sebuah taman perumahan di mana sekolah ini terletak iaitu Taman Megah Ria.      Program  Pendidikan Khas SMK Taman Megah Ria mula beroperasi pada 3 Januari 2007.  Pada mulanya, Kelas Pendidikan Khas ditempatkan sementara di Bilik Muzik sebelum dipindahkan ke kelas sebenar pada November 2008.  Kelas Pendidikan Khas mempunyai tiga buah bilik darjah, "home base", sudut bacaan, stesen masakan, stesen jahitan dan stesen batik.
Pada peringkat awal, seramai 16 orang murid di sekitar Taman Megah Ria dan Taman Rinting mendaftar masuk ke Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di bawah tanggungjawab dan pengawasan tiga orang guru.
i)    Pn Safinah Binti Ali - Guru Penyelaras
ii)   Pn Syamsiah Binti Mohamed - Guru Penolong
iii)  Pn. Norisah Binti Mohd Yatim - Guru Penolong

Murid-murid ini dibahagikan kepada tiga kelas mengikut kategori masing-masing.  Seramai 12 orang murid di bawah kategori "slow learner", 3 orang hyperaktif, 3 orang terencat dan 3 orang cacat anggota.


No comments:

Post a Comment