Followers

Wednesday, 28 September 2011

Latihan Bermain Boling

      Pada 7/7/2011 dan 21/7/2011, Kelas Pendidikan Khas SMKTMR telah mengadakan latihan boling untuk murid-murid yang telah diadakan di Angsana Bowling Centre, Pusat   Bandar, Pasir Gudang.
      Tujuan utama latihan ini adalah untuk memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan pengamatan murid.
      Ia juga menjadi objektif untuk mereka melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus dan pengamatan.






Sejarah Kelas Pendidikan Khas Integrasi SMKTMR

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria telah ditubuhkan pada tahun 2003 mengambil sempena nama sebuah taman perumahan di mana sekolah ini terletak iaitu Taman Megah Ria.      Program  Pendidikan Khas SMK Taman Megah Ria mula beroperasi pada 3 Januari 2007.  Pada mulanya, Kelas Pendidikan Khas ditempatkan sementara di Bilik Muzik sebelum dipindahkan ke kelas sebenar pada November 2008.  Kelas Pendidikan Khas mempunyai tiga buah bilik darjah, "home base", sudut bacaan, stesen masakan, stesen jahitan dan stesen batik.
Pada peringkat awal, seramai 16 orang murid di sekitar Taman Megah Ria dan Taman Rinting mendaftar masuk ke Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di bawah tanggungjawab dan pengawasan tiga orang guru.
i)    Pn Safinah Binti Ali - Guru Penyelaras
ii)   Pn Syamsiah Binti Mohamed - Guru Penolong
iii)  Pn. Norisah Binti Mohd Yatim - Guru Penolong

Murid-murid ini dibahagikan kepada tiga kelas mengikut kategori masing-masing.  Seramai 12 orang murid di bawah kategori "slow learner", 3 orang hyperaktif, 3 orang terencat dan 3 orang cacat anggota.