Followers

Monday, 3 October 2011

Lawatan Penanda Arasan ke Sekolah Kanak-kanak Istimewa dan Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor Bahru

Pada 22/9/2011, Kelas Pendidikan Khas kami telah mengadakan lawatan Penanda Arasan ke Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru.

Ketibaan kami disana telah di sambut mesra oleh Pengetua SKI En. Md Salleh Bin Hj Hassan.  Kami telah dibawa ke Bilik Media untuk diberi taklimat mengenai sejarah, pengurusan, kurikulum dan kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut.
Setelah selesai taklimat kami telah dibawa melawat sekeliling kawasan sekolah.  Para guru dan pelajar sangat teruja melihat semua yang ada disana









Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor Bahru yang terletak tidak jauh daripada tempat lawatan yang pertama.

Di sini kami lebih didedahkan kepada terapi yang di jalankan di situ.
Kami tidak dapat lama disitu kerana kesuntukan masa. Tetapi pengalaman di kedua-dua tempat lawatan banyak memberi pengalaman buat guru-guru dan para pelajar juga.


 



 



No comments:

Post a Comment